Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Kalau korang ingat produk kampung hanya sekadar makanan tradisional, sebenarnya banyak lagi produk tempatan yang berjaya dikembangkan sehingga mampu diketengahkan ke pasaran lebih luas.
Terbaru, sebanyak 20 produk menerima pensijilan “2026 Kampung Good Malaysia” menerusi Pertandingan Kampung Good Malaysia 2026.
Lebih menarik, produk Island Cincalok Sauce dari Kampung Baru Rangkaian Sungai Pinang, Perak muncul sebagai pemenang Anugerah Emas dan membawa pulang hadiah utama sebanyak RM10,000.
Island Cincalok Sauce Raih Anugerah Emas

Untuk korang yang nak tahu, Anugerah Perak pula dimenangi oleh Heritaste Apong Peanut Pounded Candy dari Kampung Baru Sungai Jarom, Selangor, manakala Chicken Floss Tausarpeah dari Kampung Baru Valdor, Pulau Pinang meraih Anugerah Gangsa.
Kedua-dua pemenang membawa pulang hadiah masing-masing sebanyak RM8,000 dan RM5,000.
Pertandingan ini dianjurkan di bawah naungan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dihoskan oleh KG-ing dan dianjurkan oleh Little Giraffe Story House.
Sebanyak 29 kumpulan usahawan kampung baharu dari seluruh Malaysia berjaya mara ke peringkat akhir selepas melalui beberapa peringkat pertandingan.
Kesemua finalis kemudiannya dinilai oleh panel juri profesional yang terdiri daripada lima orang pada 25 September.
Antara aspek yang dinilai termasuk penjenamaan, nilai kampung baharu, pemasaran, pembangunan perniagaan dan kualiti produk.
Hasilnya, 20 produk berjaya menerima pensijilan “2026 Kampung Good Malaysia” yang dianugerahkan oleh KPKT.
Lima Anugerah Khas Turut Diberikan

Bukan sekadar Anugerah Emas, Perak dan Gangsa, lima anugerah khas turut diberikan kepada pasukan finalis.
Antara kategori yang dipertandingkan ialah Best Brand Excellence Award, Best Market Performance Award, Best Storytelling & Marketing Award, Best Packaging Design Award dan Best Community Value Award.
Setiap penerima anugerah khas ini menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.
Majlis penyampaian anugerah tersebut diadakan sempena majlis penutupan WOW! Kampung Baru Expo Malaysia 2026 yang disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Kini Ada 59 Produk Kampung Good Malaysia
Untuk rekod, pertandingan Kampung Good yang diadakan pada 2024 dan 2025 di kawasan Utara, Tengah dan Selatan Malaysia sebelum ini telah melahirkan 39 “Kampung Good Products”.
Tahun ini pula, sebanyak 20 produk lagi diiktiraf sebagai National Kampung Good Products, menjadikan keseluruhan 59 produk telah menerima pensijilan Kampung Good Products.
Menariknya, perjalanan usahawan ini tidak terhenti selepas pertandingan.
Pemenang Anugerah Emas, Perak dan Gangsa akan menerima sesi bimbingan strategi pasaran secara one-to-one daripada perunding strategi jenama dan pasaran, Glenn Tan.
Mereka turut akan menerima konsultasi pembangunan perniagaan secara one-to-one daripada Ng Sai Kit, Managing Partner firma modal teroka berdaftar Malaysia, Artem Ventures.
Sesi tersebut akan membantu usahawan memperkemaskan jenama, merancang hala tuju perniagaan, mengembangkan pasaran serta mengenal pasti peluang untuk pertumbuhan.
Ini Senarai 20 Produk Yang Terima Pensijilan
Sebanyak 20 produk dari pelbagai kampung baharu di seluruh Malaysia telah menerima pensijilan “2026 Kampung Good Malaysia”.
Antaranya ialah Island Cincalok Sauce dari Kampung Baru Rangkaian Sungai Pinang, Perak, O-Teh Black Bean Herbal Tea dari Kampung Baru Sungai Lalang, Kedah dan Bilis King Salted Egg Anchovy Snack dari Kampung Baru Semeling, Kedah.
Turut menerima pensijilan ialah Uncle Wong – Horkasai dari Kampung Baru Pokok Assam, Perak, Natural Fare Cameron Highlands Sweet Corn dari Kampung Raja Cameron Highlands, Pahang serta Root Plus Lotus Root Tiger Milk Mushroom Drink dari Kampung Baru Sejantung (Kalumpang), Selangor.
Selain itu, Mulberry Jam dari Kampung Baru Batang Berjuntai, Selangor dan Harum Masin – Traditional Fermented Salted Fish dari Kampung Baru Rangkaian Sungai Pinang, Perak turut tersenarai.
Produk dari Johor seperti Sin Mei Keng Traditional Kopi-O Bags dari Kampung Baru Jementah dan Ah Hua Charcoal-Grilled Kuih Kapit dari Kampung Baru Senai juga menerima pensijilan tersebut.
Turut menerima pengiktirafan ialah Samy iaitu Traditional Bak Kut Teh Herbal Gift Set dari Kampung Baru Pandamaran, Selangor, Hong Jie Jie Salted Egg Walnut Cookies With Seaweed dari Kampung Baru Mentakab, Pahang dan The Roar Firm Sugar-Free Black Sesame Cashew Butter dari Kampung Baru Bemban, Perak.
Sementara itu, Heritaste Apong Peanut Pounded Candy dari Kampung Baru Sungai Jarom, Selangor, Mi Kampua Hock Chew dari Kampung Baru Ayer Tawar, Perak dan Wong Traditional Rice Cookies dari Kampung Baru Sri Lalang, Johor turut menerima pensijilan.
Produk lain yang tersenarai ialah Yimu Tea Ginger Rice Tea dari Kampung Baru Seri Kembangan (Serdang), Selangor, Chicken Floss Tausarpeah dari Kampung Baru Valdor, Pulau Pinang, Jaboticaba Fruit Jam dari Kampung Baru Senai, Johor serta Lao Wu Original Prawn Crackers dari Kampung Bagan Pasir Penambang, Selangor.
Kesemua produk ini menunjukkan bagaimana produk yang dihasilkan oleh usahawan kampung baharu turut mempunyai potensi untuk dikembangkan dari segi jenama, pemasaran dan pasaran.
Sumber gambar : Facebook Nga Kor Ming
Sumber: Facebook Nga Kor Ming Sumber: Facebook Nga Kor Ming
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




