204 majikan gagal patuhi gaji minimum RM1,700

LocalPolitics
23 Nov 2026 • 1:23 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 204 majikan gagal patuhi gaji minimum RM1,700

KUALA LUMPUR: Sebanyak 204 majikan di seluruh negara gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 yang menetapkan kadar gaji bulanan sekurang-kurangnya RM1,700, hasil 28,259 pemeriksaan sehingga 31 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah mengeluarkan notis pematuhan kepada majikan terbabit supaya mengambil tindakan pembetulan terhadap pelanggaran berkenaan.

Katanya, pemeriksaan itu melibatkan majikan daripada pelbagai sektor termasuk perniagaan mikro bagi memastikan pematuhan terhadap perintah yang berkuat kuasa sejak 1 Februari 2025.

“Sehingga 31 Ogos 2026, Jabatan Buruh telah menjalankan 28,259 pemeriksaan di premis majikan merentasi pelbagai sektor, termasuk perniagaan mikro.

“Sebanyak 204 majikan didapati gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 dan notis pematuhan telah dikeluarkan untuk tindakan pembetulan,” katanya dalam jawapan di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) mengenai tahap pematuhan majikan terhadap kadar gaji minimum RM1,700 serta langkah penguatkuasaan terhadap perniagaan mikro di luar bandar yang berdepan peningkatan kos operasi.

Mengulas lanjut, Khairul Firdaus berkata, sebanyak 128 kertas siasatan dibuka berhubung pelanggaran gaji minimum, dengan 46 pendakwaan direkodkan dan denda berjumlah RM56,900 dikenakan.

“Antara kes yang dibawa ke mahkamah membabitkan sebuah syarikat pembuatan yang didenda RM8,000 dan sebuah syarikat perkhidmatan yang dikenakan denda RM24,000 kerana membayar pekerja di bawah kadar gaji minimum,” katanya.

Tambah Khairul Firdaus, JTK turut menerima 264 aduan berkaitan pelanggaran gaji minimum, dengan 233 daripadanya berjaya diselesaikan manakala 185 didapati mempunyai merit.

“Sebanyak 585 kes buruh direkodkan dengan 477 kes telah diselesaikan, sekali gus membawa kepada pengeluaran perintah pembayaran berjumlah RM894,646.73,” katanya. – UTUSAN

The post 204 majikan gagal patuhi gaji minimum RM1,700 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved