
LUAR NEGARA – 23 tahun bukan tempoh yang singkat. Namun selepas sekian lama terpisah, seorang lelaki akhirnya dapat melihat dan bercakap dengan ibu kandungnya menerusi video call, dalam satu detik yang penuh emosi.
Momen tersebut dirakam dan dikongsikan oleh Kyle Le, memperlihatkan detik lelaki berkenaan berhubung dengan ibu kandungnya selepas lebih dua dekad terpisah.
Pada awal panggilan, wanita itu kelihatan tersenyum ketika melihat anaknya di skrin. Namun semakin lama mereka berkomunikasi, perasaan yang cuba disimpan mula jelas terpancar di wajahnya.
23 Tahun Menunggu Detik Ini
Lelaki berkenaan juga kelihatan menahan sebak ketika bercakap dengan ibunya.
Walaupun hanya dapat melihat satu sama lain melalui skrin, reaksi kedua-duanya menunjukkan betapa besarnya makna panggilan tersebut selepas 23 tahun terpisah.
Dalam video itu, turut diceritakan mengenai kebimbangan yang dirasai oleh ibu berkenaan sebelum berhubung dengan anaknya.
Detik tersebut kemudian menarik perhatian pengguna media sosial, dengan ramai yang tersentuh melihat reaksi seorang ibu apabila akhirnya dapat melihat wajah anaknya selepas sekian lama.
Bagi mereka, panggilan video itu mungkin hanya berlangsung beberapa minit, tetapi selepas 23 tahun terpisah, setiap saat pastinya membawa makna yang berbeza. – The Malaysian Update
The post 23 Tahun Terpisah, Akhirnya Dapat Lihat Wajah Ibu Kandung Menerusi Video Call appeared first on The Malaysian Update.





