
PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki merotan seorang kanak-kanak lelaki mendapat kecaman ramai.
Menerusi sebuah video dikongsi di Threads Dknjffr, kanak-kanak tersebut dikatakan sering berada di sekitar kawasan tersebut dan menjual kekacang.
Dia bagaimanapun terkejut sebaik sahaja melihat kanak-kanak itu dirotan oleh seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan identitinya.
“Aku harap orang Johor kenal dan buat something (sesuatu), ini dekat area (kawasan) Bandar Baru Uda. Budak ni kena rotan banyak kali, budak tu jual kacang.
“Kesian budak tu kalau kena paksa berniaga, dah esok sekolah. Kalau tu bapak dia tolonglah ambil tindakan. Video last (akhir) budak tu pergi seberang jalan, laki tu ikut,” katanya.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan lelaki tersebut dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera.
“Aku ada beli juga kacang adik ni, dia jual sambil merayu. Muka nampak sedih sangat, lepas itu pandang-pandang dekat belakang. Allahuakbar kesiannya anak ini, kalau betul anak ini dianiaya moga pelakunya dapat balasan setimpal,” kata Anja.
“Biasakan rakam dan laporkan penderaan kanak-kanak di tempat awam, tadika atau kejiranan biar merana hidup si pendera,” kata Nurul.
“Haritu budak perempuan muka dah penat sangat sayu, dia merayu minta kitaorang beli katanya selagi tak habis jual tak boleh balik dan makan,” kata Athirah. – KOSMO! ONLINE
The post Budak lelaki jual kekacang dirotan di tempat awam appeared first on Kosmo Online.





![Lelaki Malaysia Dikecam Selepas Didakwa Cakap Lucah Kepada Wanita & Biadab Dengan Penduduk Di Ireland [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-22-at-16.20.37.jpeg?t=1790225059)
