Khairul Aming Jumpa Semula Simon Di London, 4 Tahun Berkawan

18 Sep 2026 • 8:45 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Khairul Aming Jumpa Semula Simon Di London, 4 Tahun Berkawan

KUALA LUMPUR: Selepas empat tahun berkawan, Khairul Aming akhirnya berpeluang bertemu semula dengan seorang kenalannya, Simon, ketika berada di Borough Market, London.

Menerusi perkongsian di Threads, Khairul Aming berkata Simon merupakan seorang lelaki yang dikenalinya sejak empat tahun lalu dan sering memberitahu orang lain bahawa mereka adalah kawan.

“Kalau singgah Borough Market kat London, korang akan jumpa mat salleh nama Simon ni. Dah empat tahun kami berkawan, semua orang dia bagitau dia kawan Khairulaming hahaha.

“Happy kitaorang dapat jumpa balik hari ni ,” tulisnya.

Video yang dikongsikan menunjukkan Khairul Aming dan Simon bertemu di sebuah premis makanan di Borough Market sebelum mereka berbual dan bergurau bersama.

Simon Cakap Loghat Tempatan, Netizen Terhibur

Pertemuan itu turut mencuit hati netizen apabila ada yang memberi perhatian kepada cara Simon menggunakan ungkapan yang biasa didengar dalam kalangan masyarakat Sabah.

“Boleh ba kalau kau,” komen seorang pengguna yang kemudian berseloroh bertanya, “Sabahan mana yg mengajar mu Simon.”

Komen berkenaan turut mendapat ratusan tanda suka dan disambut dengan pelbagai reaksi daripada pengguna lain.

Ada juga yang berseloroh bahawa Simon mungkin sudah biasa dengan rakan-rakan dari Malaysia, manakala sebahagian netizen mengusik mengenai kemungkinan hubungan mereka menjadi lebih rapat.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai di Threads dengan video berkenaan merekodkan ratusan ribu tontonan.

Khairul Aming Dan Pengembaraan Ke Luar Negara

Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman merupakan pencipta kandungan dan usahawan yang terkenal menerusi kandungan masakan serta perniagaannya.

Beliau sebelum ini turut berkongsi beberapa perjalanan ke luar negara, termasuk London, New Zealand dan Oman.

Ketika berada di London sebelum ini, Khairul Aming juga pernah berkunjung ke Borough Market dan menghasilkan kandungan di sana sehingga beberapa peniaga tempatan mengenalinya.

Kali ini, kepulangannya ke lokasi sama bukan sekadar untuk menikmati makanan, tetapi turut memberi peluang untuk bertemu semula dengan Simon, kenalan yang sudah dikenalinya selama empat tahun. – The Malaysian Update

The post Khairul Aming Jumpa Semula Simon Di London, 4 Tahun Berkawan appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved