234 PATI kena ‘sapu’ kerja tanpa permit

9 Sep 2026 • 5:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 234 PATI kena ‘sapu’ kerja tanpa permit

BATU PAHAT – Seramai 234 orang warga asing daripada pelbagai negara berjaya ditahan dalam operasi selama dua hari Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Johor di kilang perabot dan pembuatan kawasan Perindustrian Parit Jamil, Muar dan Yong Peng di sini berakhir semalam.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, lokasi serbuan sudah terlebih dahulu sebagai tempat tumpuan warga asing yang dipercayai bekerja tanpa dokumen yang sah hasil daripada risikan serta maklumat awam.

Katanya, pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan adalah meliputi semakan dokumen perjalanan, pas dan permit berkaitan serta status keberadaan warga asing di premis-premis berkenaan bagi memastikan undang-undang serta peraturan Imigresen dipatuhi.

“Daripada 234 orang yang ditahan, masing-masing seorang lelaki dewasa warganegara Pakistan, 155 lelaki (Bangladesh) 16 lelaki (India) 18 lelaki (Myanmar), 28 (Nepal) sembilan lelaki (China) dan tujuh perempuan dewasa (Myanmar) yang berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 50 tahun.

“Semua tahanan disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan telah ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan dan tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Rusdi lagi, turut ditahan adalah dua warga tempatan yang merupakan pengurus premis dan seorang pemandu lori.

Ujarnya, operasi ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor dalam membanteras penyalahgunaan pas, pelanggaran syarat imigresen serta keberadaan warga asing yang tidak mematuhi undang-undang di negara ini. – KOSMO! ONLINE

The post 234 PATI kena ‘sapu’ kerja tanpa permit appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved