
SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa esok berdasarkan pemantauan keadaan semasa dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini.
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menerusi kenyataan memaklumkan, pihak sekolah bagaimanapun hendaklah sentiasa memantau kualiti udara, mematuhi garis panduan yang berkuat kuasa serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesihatan dan keselamatan murid serta warga sekolah sentiasa terpelihara.
“Selaras dengan ketetapan Surat Siaran Bilangan 1 Tahun 2019, semua aktiviti luar bilik darjah seperti Pendidikan Jasmani, aktiviti kokurikulum dan sukan, perkhemahan, keraian, perhimpunan serta aktiviti di dewan terbuka hendaklah dihentikan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.
“Murid disarankan memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan, khususnya bagi mereka yang mengalami gejala pernafasan atau tergolong dalam kumpulan berisiko,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Jerebu: Sekolah di NS beroperasi seperti biasa esok appeared first on Kosmo Online.






