25,000 ziarah pusara Tun Hasmah, ubati kesedihan Tun Mahathir

18 Oct 2026 • 6:57 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 25,000 ziarah pusara Tun Hasmah, ubati kesedihan Tun Mahathir

IPOH: Dianggarkan seramai 25,000 orang direkodkan menziarahi pusara Allahyarham Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali di Putrajaya, sejak pemergiannya pada 28 September lalu.

Anak Allahyarham, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu dan difahamkan terdapat juga pengunjung yang datang dari luar negara.

Beliau juga berkata, penghormatan yang diberikan itu sedikit sebanyak mengubati kesedihan bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas kehilangan pasangan hidupnya sejak tiga minggu lalu.

“Saya dimaklumkan seramai 25,000 orang datang menziarah dari merata tempat. Saya diberitahu keadaan seperti ini tidak pernah berlaku lagi.

“Setiap kali kami membawa ayahanda Tun Mahathir ke pusara dan beliau melihat masih ramai yang datang menziarah, keadaan itu sedikit sebanyak mengubati rasa sedihnya atas kehilangan pasangan hidup selama 70 tahun,” kata Mukhriz.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Persidangan Tahunan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Negeri Perak 2026 di sini hari ini.

Allahyarham Tun Dr. Hasmah meninggal dunia pada 28 September lalu di Institut ­Jantung Negara, Kuala Lumpur pada usia 100 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 mengikut taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.

Ketika pergi ke pusara ibunya, Mukhriz turut berkongsi bahawa beliau sempat berbual dengan orang yang datang menziarah dan mendapati ada mereka yang mengambil cuti untuk hadir ke pusara tersebut. – UTUSAN

The post 25,000 ziarah pusara Tun Hasmah, ubati kesedihan Tun Mahathir appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved