Yusuf Islam ziarah Tun Mahathir, titipkan doa buat Tun Hasmah

18 Oct 2026 • 8:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Yusuf Islam ziarah Tun Mahathir, titipkan doa buat Tun Hasmah

PETALING JAYA – Penyanyi legenda dari Britain, Yusuf Islam menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad susulan pemergian isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali baru-baru ini.

Yusuf, 78, atau popular dengan nama Cat Stevens berkata, beliau meluangkan masa bersama negarawan berusia 101 tahun itu dan membaca surah al-fatihah buat Allahyarham Tun Hasmah.

“Hari ini saya menziarahi Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia, yang isterinya, Dr. Hasmah baru sahaja meninggal dunia dan membaca al-fatihah.

“Mereka telah berkahwin selama 70 tahun. Beliau berusia 101 tahun dengan izin Tuhan,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Penyanyi yang juga komposer tersohor tersebut turut berkongsi sekeping foto memaparkan beliau berbual bersama negarawan yang dihormati ramai.

Pertemuan penuh bermakna itu meraih maklum balas netizen yang memuji tindakannya meluangkan masa dan memberikan sokongan moral terhadap Tun Mahathir pada waktu sukar.

Difahamkan, aktivis kemanusiaan itu berkunjung ke Malaysia sempena Persidangan Global Tipping Points di Sunway University, Bandar Sunway, di sini.

Persahabatan antara kedua-dua figura tersebut sudah lama terjalin, malah Yusuf pernah berkunjung ke pejabat Tun Mahathir di Menara Berkembar Petronas pada tahun 2010 sebelum bertemu sekali lagi kira-kira lima tahun kemudian.

Tun Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada 28 September lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Yusuf Islam ziarah Tun Mahathir, titipkan doa buat Tun Hasmah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved