Yusuf Islam ziarah Tun Mahathir

18 Oct 2026 • 6:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Yusuf Islam ziarah Tun Mahathir

PETALING JAYA – Pemuzik Britain, Cat Stevens atau Yusuf Islam menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di rumahnya di Seri Kembangan, hari ini.

Perkara itu dikongsikan oleh Yusuf menerusi satu gambar dimuat naik pada Instagramnya beberapa jam lalu.

“Hari ini saya menziarahi Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang mana isterinya, Dr. Hasmah meninggal dunia baru-baru ini. Baca al-Fatihah.

“Mereka berumah tangga kira-kira 70 tahun dan beliau berusia 101 tahun, dengan izin tuhan,” katanya pada hantaran itu hari ini.

Difahamkan, Yusuf berada di negara ini bagi memenuhi jemputan sebagai panel dalam satu program di sebuah universiti swasta di Subang Jaya.

Terdahulu, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang berusia 100 tahun, meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi pada 28 September lalu, manakala jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

The post Yusuf Islam ziarah Tun Mahathir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved