
SHAH ALAM, 18 OKT: Sebanyak 25 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi ini, dengan Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 189.
Berdasarkan senarai bacaan berkenaan, Larkin merekodkan IPU kedua tertinggi pada 181, diikuti Kota Tinggi (180) dan Pengerang (178).
Di Selangor, Johan Setia mencatatkan bacaan IPU 163, Shah Alam (162), Klang (160), Petaling Jaya (158) dan Banting (157).
Sementara itu, Nilai di Negeri Sembilan merekodkan bacaan 173, manakala Seremban mencatatkan 170.
Di Melaka, Bukit Rambai merekodkan bacaan IPU 164, diikuti Alor Gajah (161) dan Bandaraya Melaka (155).
Di Johor, selain tiga kawasan yang mencatatkan bacaan tertinggi negara, Batu Pahat merekodkan IPU 169, Kluang (163), Tangkak (160) dan Segamat (158).
Bagi Wilayah Persekutuan, Putrajaya merekodkan bacaan IPU 159, manakala Cheras dan Batu Muda di Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan 157 dan 155.
Port Dickson di Negeri Sembilan pula merekodkan bacaan 153, sama seperti Sandakan, Sabah.
Di Sarawak, stesen pemantauan IPD Serian mencatatkan bacaan IPU 152, manakala Tawau, Sabah merekodkan bacaan 108.
Mengikut pengelasan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.
Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan ketika kualiti udara tidak sihat, khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan.
Orang ramai boleh menyemak perkembangan kualiti udara dan bacaan IPU mengikut kawasan menerusi portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar.






