25 PTI ditahan operasi bersepadu Esscom

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 2:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

25 PTI ditahan operasi bersepadu Esscom

SANDAKAN: Seramai 25 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dan hampir RM450,000 rampasan serta kompaun direkodkan dalam dua hari operasi bersepadu diketuai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di sini sejak Rabu lepas.

Komander Esscom, Datuk Victor Sanjos, berkata pemeriksaan di beberapa koloni setinggan sekitar Jalan Istana, Kampung Tabah Baru, Kampung Karamunting dan Pusat Bandar Sandakan itu membongkar pelbagai aktiviti menyalahi undang-undang.

“Dalam operasi itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 21 warganegara Filipina dan empat warganegara Indonesia yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri sah, manakala Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas rokok seludup bernilai RM20,000.

“Pada masa sama, Sabah Electricity merampas 300 kilogram (kg) kabel sambungan elektrik  haram bernilai RM15,000, dengan kerugian dianggarkan mencecah RM300,000 setahun akibat sambungan haram ini,” katanya dalam kenyataan, Khamis.

Victor berkata Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut merampas 1,105kg minyak masak bersubsidi bernilai RM2,762 serta sebuah kenderaan bernilai RM20,049.

“Selain itu, Jabatan Hidupan Liar Sabah merampas 1,550 telur penyu yang dianggarkan bernilai RM7,750 dan rampasan ini berjaya menghalang telur penyu memasuki pasaran gelap, sekali gus menyokong pemuliharaan spesies marin yang dilindungi,” katanya.

Operasi merekodkan nilai keseluruhan tindakan penguatkuasaan, rampasan, kompaun dan anggaran kerugian adalah sebanyak RM433,077.

“Selain itu, kita turut menahan dua lelaki yang disyaki memiliki dadah jenis syabu,” tambahnya.

Operasi berkenaan melibatkan 263 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasaan.

Operasi sama turut mengesan pelbagai kesalahan berkaitan buruh, penyambungan utiliti haram, pelesenan perniagaan dan pemuliharaan hidupan liar.

Victor menegaskan pendekatan penguatkuasaan bersepadu berasaskan risikan akan terus diperkasakan bagi membanteras jenayah rentas sempadan serta memastikan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) kekal selamat dan sejahtera.

Victor berkata orang ramai yang memiliki sebarang maklumat berkaitan insiden keselamatan atau aktiviti yang mencurigakan di Esszone diminta menyalurkan kepada Pusat Operasi Esscom dengan menhubungi talian 089-863181 atau melalui aplikasi WhatsApp 011-63311072.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved