255 kontena e-waste diusir keluar dari Malaysia

LocalEnvironment
14 Aug 2026 • 2:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 255 kontena e-waste diusir keluar dari Malaysia

KLANG – Sebanyak 255 kontena berisi sisa elektronik (e-waste) berjaya dibawa keluar dari Malaysia menerusi Joint Task Force Buangan Terjadual Pelabuhan Klang, setakat ini.

Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 1,259 kontena akan dibawa keluar menerusi tindakan bersepadu tahun ini.

Katanya, fasa pertama sebelum ini telah menyelesaikan sebanyak 148 kontena sisa berkenaan.

“Bagi fasa dua yang masih berjalan, AKPS dengan kerjasama Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan untuk membawa keluar 533 lagi kontena.

“Baki 578 kontena e-waste dianggarkan seberat lapan juta kilogram (kg) akan dihantar keluar dalam fasa ketiga bermula 1 Oktober,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar JKDM di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua kontena itu melibatkan kes yang ditahan sejak 2024 dengan tiada lagi kontena muatan sama dikesan memasuki semula negara kecuali muatan dagangan lain.

“Berdasarkan senarai yang direkodkan menerusi pemeriksaan AKPS dan JKDM, kontena itu tidak melibatkan sisa berkenaan,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya memberi jaminan keberkesanan mesin pengimbas di Pelabuhan Klang yang efisien dengan latihan sentiasa diberikan kepada setiap pegawai bertugas.

“Saya tidak nafikan ada kelemahan namun kita tidak pernah berhenti untuk menambah baik perkhidmatan sedia ada,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post 255 kontena e-waste diusir keluar dari Malaysia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved