28 Kawasan Catat Bacaan IPU Tidak Sihat, Tasek Ipoh Tertinggi

LocalEnvironment
17 Sep 2026 • 8:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

28 Kawasan Catat Bacaan IPU Tidak Sihat, Tasek Ipoh Tertinggi

KUALA LUMPUR - Sebanyak 28 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat hari ini.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Tasek Ipoh, Perak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 181.

Ia diikuti Seri Manjung, Perak dengan bacaan 178, manakala Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan 161.

Sungai Petani, Kedah dan Pegoh Ipoh, Perak masing-masing merekodkan bacaan 159.

Di Kuala Lumpur, Cheras merekodkan bacaan 158, manakala Batu Muda 157.

Putrajaya turut merekodkan bacaan 158, manakala Nilai, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan 158.

Minden dan Taiping masing-masing merekodkan bacaan 157, manakala Seberang Jaya, Pulau Pinang mencatatkan bacaan 155.

Tanjung Malim, Perak dan Shah Alam, Selangor masing-masing merekodkan bacaan 155.

Sementara itu, Seberang Perai, Pulau Pinang; Seremban, Negeri Sembilan dan Kuala Terengganu, Terengganu masing-masing merekodkan bacaan 153. - Getaran, 17 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved