31 kawasan catat IPU tidak sihat, Tasek Ipoh tertinggi 186

LocalEnvironment
17 Sep 2026 • 3:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 31 kawasan catat IPU tidak sihat, Tasek Ipoh tertinggi 186

PETALING JAYA – Sebanyak 31 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, dengan Tasek Ipoh, Perak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 186.

Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar (MyEQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat pukul 2.34 petang, Seri Manjung, Perak merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 180, diikuti Kuching, Sarawak (169) dan IPD Serian, Sarawak (165).

Turut mencatatkan bacaan tinggi adalah Samarahan, Sarawak dan Johan Setia, Selangor masing-masing 159, Pegoh Ipoh, Perak (158), Sungai Petani, Kedah serta Putrajaya masing-masing 157.

Taiping, Perak dan Nilai, Negeri Sembilan pula masing-masing merekodkan IPU 156, diikuti Minden, Pulau Pinang serta Cheras, Kuala Lumpur masing-masing 155.

Sementara itu, Seberang Jaya, Pulau Pinang; Shah Alam, Selangor, Batu Pahat, Johor, Jerantut, Pahang dan Kuala Terengganu, Terengganu masing-masing berada pada bacaan 154.

Seberang Perai, Pulau Pinang mencatatkan IPU 152, sama seperti Batu Muda, Kuala Lumpur; Seremban, Negeri Sembilan dan Bukit Rambai, Melaka.

Banting, Selangor pula mencatatkan bacaan 151, Kluang, Johor (145), Bandaraya Melaka (142), Alor Gajah, Melaka dan Segamat, Johor masing-masing 136.

Tiga lagi kawasan adalah Tanjung Malim, Perak dengan bacaan 127, Petaling Jaya, Selangor (125), Tangkak, Johor (122) dan Klang, Selangor (114).

Sementara itu, sebanyak 31 kawasan lagi berada pada tahap sederhana iaitu IPU antara 51 hingga 100.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala melebihi 300 dikategorikan berbahaya. – KOSMO! ONLINE

The post 31 kawasan catat IPU tidak sihat, Tasek Ipoh tertinggi 186 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved