
ALLAHUAKBAR! Kehilangan selama dua hari berakhir tragedi. Hasrat tujuh beranak untuk bercuti di Cameron Highlands, Pahang berakhir tragedi selepas anak sulung, Ahmad Azreeq Zafreen ditemukan meninggal dunia dalam semak di tepi jalan Kampung Bukit Jeruk, di Kampung Beting Lintang pada Ahad.
Mereka sekeluarga yang dalam perjalanan ke pusat peranginan berkenaan pada Khamis lalu menyedari kehilangan Ahmad Azreeq Zafreen, 19, di sebuah stesen minyak.
Difahamkan Allahyarham sempat berkongsi lokasi secara langsung (live location) kepada keluarga beberapa minit sebelum memadamkan maklumat tersebut.

Berikut kronologi percutian keluarga yang tidak disangka berakhir tragedi:
1- Mereka sekeluarga bertolak ke Cameron Highlands dengan menggunakan dua buah kenderaan. Azreeq menunggang motosikal jenis Yamaha R15 manakala enam yang lain menaiki sebuah kereta.
2-Menurut bapa Allahyarham, Ahmad Azhar Mohd Yusof, 59, kali terakhir mereka bertemu ialah ketika berhenti di sebuah stesen minyak di Kampung Saujana, Setiu. Ahmad Azhar bergerak terlebih dahulu bersama keluarga meneruskan perjalanan.
3-Kira-kira jam 12.30 tengah malam, kami berhenti makan di Kampung Anak Ikan, Besut dan menghubungi Azreeq supaya berhenti di kedai makan yang sama, namun dia tidak muncul.

4-Difahamkan, selepas selesai makan dan Azreeq masih belum tiba, mereka meneruskan perjalanan ke Gua Musang, Kelantan dengan andaian remaja itu akan menyusul dari belakang.
5-Sepanjang perjalanan, ibu Allahyarham cuba menghubungi tetapi panggilan tidak dijawab. Keluarga menyangka mungkin telefon bimbit Azreeq kehabisan bateri.
6-Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaime Ab Rahim, pula mengesahkan remaja terbabit kali terakhir dikesan singgah di sebuah stesen minyak di Beting Lintang pada awal pagi Jumaat lalu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
7-Polis turut memaklumkan telah membuka kertas siasatan orang hilang selepas menerima laporan daripada keluarga mangsa pada petang Jumaat dan sedang giat mengesan keberadaan.

8-Bagaimanapun, pada 6.40 petang Ahad, masyarakat dikejutkan dengan penemuan jasad yang dipercayai milik Azreeq di dalam semak di tepi jalan Kampung Bukit Jeruk, di Kampung Beting Lintang, Jerteh.
9-Rozaime mendedahkan pihaknya percaya mayat yang ditemui itu adalah Ahmad Azreeq.
Artikel penuh:
- 'Bukan kehilangan tapi memulangkan.' Rangka ditemui selepas 36 hari, isteri reda Muhammad Syafiq sudah tiada, akui suami terbaik
- Cikgu Istiqomah pemurah, sanggup pinjamkan wang kepada kenalan. Gelang pemberian nenek turut lesap
Sementara itu, bapa, Ahmad Azreeq, Ahmad Azhar yang dipetik dari Sinar Harian melaporkan enggan membeli baju raya untuk sambutan 1 Syawal tahun ini.

Tidak seperti kelaziman, anak sulung daripada lima beradik bersikap pelik dan tidak teruja seperti hari raya pada tahun-tahun sebelumnya.
"Dia beritahu isteri saya, Zaleha Awang, 47, tidak mahu beli baju raya. Tak sangka itu petanda pemergiannya,” tuturnya di pekarangan Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Dalam pada itu, pendakwah dan aktivis, Ustaz Muhamad Kecik dalam hantaran di Facebook memaklumkan Ahmad Azreeq merupakan pekerjanya dan mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham.
"Al-Fatihah Dukacita dimaklumkan bahawa seorang Pekerja Kedai Ekonomi Madrasah ( Pondok Ustaz Mad Kechik) bernama Ahmad Azreeq Zafreen Bin Ahmad Azhar telah kembali ke rahmatullah.
"Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," kongsinya.
Sumber: Sinar Harian 1 2, Facebook



