33 premis jalankan aktiviti judi dipotong bekalan elektrik

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 8:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 33 premis jalankan aktiviti judi dipotong bekalan elektrik

IPOH: Sebanyak 33 premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian loteri awam haram dan judi dalam talian di seluruh Perak dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, tindakan itu dilaksanakan menerusi operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Perak bersama TNB.

Katanya, pemotongan bekalan elektrik itu dilaksanakan mengikut peruntukan Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289).

“Operasi ini merupakan usaha berterusan polis Perak dalam membanteras dan mengekang aktiviti perjudian haram di negeri ini.

“Tindakan ini juga bertujuan menyekat pengusaha dan pemilik premis yang menyalahgunakan premis mereka untuk menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai khususnya pemilik serta pengusaha premis perniagaan dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan premis bagi menjalankan aktiviti perjudian haram.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat atau masih ingkar terhadap undang-undang.

“Polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian haram,” katanya. – UTUSAN

The post 33 premis jalankan aktiviti judi dipotong bekalan elektrik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved