Bekalan elektrik 18 premis judi dipotong

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 2:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bekalan elektrik 18 premis judi dipotong

TAIPING – Sebanyak 18 premis yang dikesan menjalankan kegiatan perjudian di daerah ini dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik sepanjang tahun ini dalam usaha membanteras kegiatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner S. Saravanan berkata, daripada jumlah itu, bekalan elektrik di 14 premis telah dipotong sebelum ini manakala empat lagi dikenakan tindakan sama hari ini.

Menurutnya, tindakan tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) susulan serbuan polis yang mendapati premis terbabit menjalankan kegiatan perjudian.

“Selepas serbuan dilakukan, kita mengambil tindakan susulan dengan meminta bantuan TNB untuk memotong bekalan elektrik di premis-premis berkenaan.

“Sepanjang tahun ini, sebanyak 18 permohonan telah dibuat dengan 14 premis dipotong bekalan sebelum ini dan empat lagi hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita pasa operasi berkenaan di sini hari ini.

Menurut Saravanan, empat premis yang dikenakan tindakan hari ini terletak antaranya di sekitar Simpang, Taman Kaya dan Taman Berkat.

Katanya, polis akan terus melakukan pemantauan terhadap premis yang dikenal pasti menjalankan kegiatan perjudian bagi memastikan aktiviti itu tidak kembali beroperasi selepas tindakan pemotongan bekalan elektrik.

Beliau berkata, antara modus operandi yang dikesan ialah kegiatan perjudian dijalankan secara berselindung di sebalik perniagaan lain termasuk premis yang beroperasi sebagai kedai telefon bimbit.

“Mereka membuka kedai telefon bimbit tetapi di sebaliknya menjalankan kegiatan ini bagi mengaburi mata pihak penguat kuasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Bekalan elektrik 18 premis judi dipotong appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved