33 premis judi di Perak dipotong bekalan elektrik

28 Sep 2026 • 7:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 33 premis judi di Perak dipotong bekalan elektrik

IPOH – Sebanyak 33 premis yang terlibat dengan aktiviti perjudian loteri awam haram dan judi online di seluruh Perak dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, usaha bagi membanteras dan mengekang aktiviti perjudian haram itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Tindakan pemotongan bekalan elektrik tersebut dilaksanakan mengikut peruntukan Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289).

“Tindakan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan PDRM Perak dalam membanteras aktiviti perjudian haram di samping menyekat pengusaha dan pemilik premis yang menyalahgunakan premis bagi menjalankan aktivitiperjudian tanpa lesen,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, PDRM Perak turut menasihatkan dan mengingatkan orang ramai khususnya pemilik serta pengusaha premis perniagaan agar tidak menyalahgunakan premis bagi menjalankan aktiviti perjudian haram.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat atau masih ingkar terhadap undang-undang. PDRM Perak tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian haram,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post 33 premis judi di Perak dipotong bekalan elektrik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved