341 warga asing hilang dalam banjir dahsyat Nepal

27 Aug 2026 • 11:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 341 warga asing hilang dalam banjir dahsyat Nepal

KATHMANDU: Ratusan warga asing dilaporkan hilang di Nepal selepas banjir kilat dahsyat pada Rabu mengorbankan sekurang-kurangnya 160 orang.

Angka rasmi menunjukkan sekurang-kurangnya 341 warga asing masih belum ditemui.

Pendaki dan pengembara dari seluruh dunia sering mengunjungi negara Himalaya itu untuk mencabar diri menakluki antara puncak tertinggi dunia, termasuk Gunung Everest.

Berikut perkembangan terkini mengenai warga asing yang masih hilang:

INDIA

Menurut Lembaga Pelancongan Nepal, seramai 142 warga India dari negara jiran itu dilaporkan hilang.

Mereka berada di Nepal bersama tiga agensi pelancongan iaitu Samrat Tours & Travels, Leaf Holiday dan Himalayan Glacier.

UKRAINE

Kementerian Luar Ukraine berkata, Polis Pelancongan Nepal memaklumkan mereka percaya 53 warga Ukraine masih hilang.

Mereka termasuk sekumpulan 46 pelancong Ukraine yang terputus hubungan dengan pihak berkuasa Nepal.

AUSTRALIA

Seramai 34 warga Australia dilaporkan hilang susulan banjir berkenaan, menurut pengesahan Perdana Menteri, Anthony Albanese.

“Ingatan dan doa kami bersama semua yang bimbang tentang nasib insan tersayang mereka hari ini,” katanya.

MALAYSIA

Sebanyak 17 rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan bersama Fishtail Tours & Travels dilaporkan hilang dalam banjir berkenaan, menurut lembaga itu.

Kementerian Luar Malaysia pula berkata, kedutaan negara itu di Kathmandu menerima laporan daripada agensi pelancongan bahawa mereka terputus hubungan dengan 11 rakyat Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa.

UNITED KINGDOM

Seramai 12 warga Britain bersama agensi Alpine Eco Trek dilaporkan masih belum dapat dikesan, menurut Lembaga Pelancongan Nepal.

KOREA SELATAN

Kementerian Luar Korea Selatan berkata, sembilan pekerja hidroelektrik terputus hubungan di daerah Rasuwa selepas banjir berlaku.

JEPUN

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, berkata beliau “bimbang” susulan laporan media bahawa lima warga Jepun masih hilang.

“Saya bersungguh-sungguh berdoa agar setiap nyawa yang tidak ternilai itu dilindungi,” katanya menerusi satu hantaran di X.

AFRIKA SELATAN

Seramai empat warga Afrika Selatan yang melakukan perjalanan bersama agensi Alpine Eco Trek, sama seperti kumpulan warga Britain, dilaporkan hilang, menurut lembaga pelancongan itu.

AMERIKA SYARIKAT

Seramai tiga warga Amerika Syarikat, yang turut menggunakan perkhidmatan Fishtail Tours & Travels, dilaporkan belum dapat dikesan.

PORTUGAL

Kementerian Luar Portugal berkata, seorang wanita dan seorang lelaki dari negara itu dilaporkan hilang dalam banjir berkenaan.

“Kami terus memantau keadaan dari semasa ke semasa,” kata jurucakap kementerian itu kepada AFP.

BELANDA

Seorang warga Belanda yang melakukan perjalanan bersama syarikat yang sama dengan kumpulan warga Australia turut dilaporkan masih belum ditemui, menurut lembaga berkenaan.

ITALI

Kementerian Luar Itali berkata, dua warganya bersama seorang pemandu terkandas di kawasan hulu tanah runtuh, namun mereka sedang menerima bantuan.

Kementerian itu mengetahui terdapat 90 warga Itali kini berada di Nepal dan Tibet, tetapi masih belum dapat memastikan sama ada mana-mana daripada mereka terjejas.

WARGANEGARA BELUM DIKENAL PASTI

Beberapa kumpulan pelancongan turut melaporkan kehilangan warga asing yang kewarganegaraan mereka masih belum dikenal pasti.

Ia termasuk 77 orang bersama Trekkers Society, 26 orang bersama Kailash Journey dan lapan orang bersama Richa Tours & Travels.

NEPAL

Lembaga Pelancongan Nepal turut mengumumkan bahawa selain warga asing yang masih belum ditemui, seramai 93 rakyat Nepal juga dilaporkan hilang.

The post 341 warga asing hilang dalam banjir dahsyat Nepal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved