Banjir Nepal: ATM Tunggu ‘Lampu Hijau’ Untuk Misi SAR

27 Aug 2026 • 12:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 08 27T122718.533

Kementerian Pertahanan bersedia menyumbang kepakaran dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya kerajaan memutuskan untuk melaksanakan misi bantuan susulan bencana banjir dahsyat di Nepal membabitkan rakyat Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Luar dan kerajaan untuk menentukan tindakan yang wajar berhubung situasi berkenaan.

Artikel berkaitan: 19 Jambatan Musnah, Talian Putus: Lebih 50 Rakyat Malaysia Masih Hilang di Nepal

Artikel berkaitan: Rossa Agih Zakat RM122,000 Kepada Mangsa Bencana Banjir Di Sumatera

Beliau berkata, ATM antara pihak yang boleh menyumbang dalam misi kemanusiaan sekiranya diperlukan.

“Kita bersedia. Seperti yang kita maklum, antara perkara yang boleh disumbangkan oleh pihak ATM adalah dalam soal misi kemanusiaan.

Jika ada keputusan daripada pihak kerajaan dan membabitkan ATM, kita bersedia untuk menyumbang kepakaran dan juga keupayaan kita,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, lebih 50 rakyat Malaysia di Nepal masih gagal dihubungi oleh ahli keluarga susulan banjir dahsyat pada Rabu yang turut menyebabkan ratusan penduduk tempatan dan warga asing belum diketahui nasib mereka.

Angka kematian akibat banjir melepasi 160 orang pada malam Rabu, manakala ratusan lagi termasuk pelancong serta anggota polis dan pasukan keselamatan Nepal masih belum diketahui nasib mereka. Sekurang-kurangnya 142 rakyat India antara warga asing yang dilaporkan hilang.

Banjir akibat runtuhan salji itu menghanyutkan perkampungan, jambatan dan beberapa projek tenaga.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved