Seorang wanita dikenali sebagai Iffarina meluahkan kebimbangan selepas adik lelakinya yang menyertai perjalanan ke Annapurna Base Camp, Nepal masih belum dapat dihubungi susulan tragedi banjir dahsyat yang melanda kawasan berkenaan.
Menerusi hantaran di Threads, Iffarina memohon orang ramai mendoakan keselamatan adiknya yang kini berada di Nepal.

“Doakan adik saya yang berada di Nepal sekarang selamat”.
Menurutnya, dia sudah menghubungi Kedutaan Malaysia di Nepal bagi mendapatkan maklumat mengenai keadaan adiknya.
Bagaimanapun, pihak kedutaan memaklumkan nama adiknya tidak tersenarai sebagai individu yang hilang. Dia dipercayai masih gagal dihubungi berikutan gangguan rangkaian telekomunikasi di kawasan terjejas.
Iffarina turut memaklumkan dia tidak mengetahui agensi pelancongan yang digunakan adiknya, namun mengesahkan lelaki berkenaan menyertai perjalanan ke Annapurna.
“Tapi dia join trip pergi Annapurna,” tulisnya.
Pemandu Pelancong Beri Sedikit Kelegaan
Hantaran tersebut kemudian mendapat perhatian seorang pengguna Threads, Muhammad Hafizal Hamidon yang memaklumkan dirinya berada di kawasan Annapurna Base Camp dan keadaan di lokasi berkenaan selamat.

Menurut Muhammad Hafizal yang juga merupakan pemandu pelancong bebas, kemungkinan adik Iffarina tidak dapat dihubungi disebabkan masalah internet dan telekomunikasi.
“Saya di kawasan trek Annapurna Base Camp sekarang. Okey saja di sini. Mungkin dia tak ada internet,” katanya.
Maklum balas tersebut sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada Iffarina dan keluarganya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Masih Ingat Siti Sifir? Hampir 20 Tahun Berlalu, Wajah Terkini Sabrina Musfirah Curi Perhatian
The post “Doakan Adik Saya Di Nepal Selamat” – Wanita Cemas Masih Gagal Hubungi Adik Sertai Trip Annapurna, Respon Seorang Lelaki Ini Curi Perhatian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






