Pasukan penyelamat cari 1,000 mangsa hilang selepas tsunami lumpur

Environment
27 Aug 2026 • 12:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pasukan penyelamat cari 1,000 mangsa hilang selepas tsunami lumpur

KATHMANDU – Pasukan penyelamat hari ini bergegas mencari lebih 1,000 orang  hilang di sempadan Nepal-Tibet (wilayah China)  dalam tragedi banjir kilat dan tanah runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 165 orang serta menghanyutkan seluruh perkampungan.

Klip video sistem televisyen litar tertutup (CCTV) mengerikan dari sebelah sempadan China menunjukkan tembok lumpur dan serpihan menghentam sebuah bangunan setinggi beberapa tingkat semalam dan  menenggelamkannya ketika berpuluh-puluh orang berlari untuk menyelamatkan diri di luar.

Gelombang ‘tsunami’  lumpur itu menghanyutkan bas dan kereta seperti mainan.

“Kebanyakan mangsa hilang adalah pelancong asing,”  kata beberapa pegawai.

Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat percaya bencana  itu disebabkan oleh glasier runtuh yang menghantar aliran serpihan yang menenggelamkan apa sahaja di laluannya

Bunyi gemuruh seperti tsunami air dan lumpur itu  melanda kampung dan bandar di laluan dua sungai iaitu Bhote Koshi dan Trishuli, dengan polis Nepal berkata, mereka telah menemui 162 mayat.

Di seberang sempadan, media kerajaan China pula melaporkan,  ‘bencana tanah runtuh’ di Pelabuhan Gyirong, Tibet meragut tiga nyawa, manakala 558 orang, termasuk 260 warga asing masih hilang. – AFP 

 

The post Pasukan penyelamat cari 1,000 mangsa hilang selepas tsunami lumpur appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved