
BUKIT GANTANG – Seramai 347 mangsa dari 122 buah keluarga di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) kini ditempatkan di lima buah pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran bencana ribut dan banjir.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang menempatkan 56 mangsa ribut dari 21 buah keluarga.
“PPS SK Changkat Ibol pula menempatkan mangsa banjir iaitu seramai 127 orang mangsa (40 keluarga), PPS Dewan Masjid Al-Wusta Batu 8 menempatkan 112 mangsa (46 keluarga) serta 52 mangsa dari 15 buah keluarga di PPS SK Matang Gelugor.
“PPS Dewan Perdana Trong masih lagi dalam proses pengiraan mangsa,” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, katanya, operasi menyelamat mangsa masih diteruskan malam ini iaitu melibatkan penduduk di Batu 7, Bukit Gantang berhampiran Lebuh Raya Utara-Selatan.
Katanya, hujan lebat yang berterusan hari ini menyebabkan terdapat kawasan dinaiki air, termasuklah Kg. Bukit Cempedak di Bukit Gantang. – KOSMO! ONLINE
The post 347 mangsa ribut, banjir ditempatkan di 5 PPS appeared first on Kosmo Online.





