Daerah Larut, Matang dan Selama dilanda banjir, empat PPS baru dibuka

17 Oct 2026 • 11:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Daerah Larut, Matang dan Selama dilanda banjir, empat PPS baru dibuka
Hujan lebat berterusan sejak petang menyebabkan rumah penduduk dinaiki air. Foto: APM Perak

IPOH - Sebanyak 56 mangsa ribut dan banjir di daerah Larut, Matang dan Selama ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat malam ini.

Bagaimanapun, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan empat lagi PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Ibol, Dewan Masjid Al Wusta, Dewan Perdana Trong dan SK Matang Gelugor dibuka pada jam 8 malam ini.

Kesemua PPS dibuka berikutan beberapa kediaman di Kampung Changkat Ibol, Kampung Batu 9 dan Trong dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan sejak petang tadi.

"Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di PPS berkenaan masih belum dikemas kini sehingga kini," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, sekretariat berkenaan memaklumkan jumlah mangsa ribut di PPS SK Matang yang dibuka sejak Rabu lepas masih kekal dengan 56 mangsa daripada 21 keluarga setakat malam ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved