
JITRA – Sebanyak 35 laporan polis dibuat terhadap seorang wanita berhubung dakwaan penipuan wang permainan kutu membabitkan kerugian keseluruhan RM1.7 juta.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, laporan berkenaan dibuat oleh mangsa berusia antara 23 hingga 53 tahun.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tempoh reman pasangan suami isteri berusia 39 dan 36 tahun disambung dua hari lagi bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan wang permainan kutu.
Pasangan terbabit sebelum ini direman selama empat hari bermula 6 Ogos lalu selepas menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu kira-kira pukul 1.50 pagi, Khamis lalu.
Pasangan itu sebelum ini dilaporkan hilang bersama anak lelaki mereka berusia sembilan tahun oleh ahli keluarga pada 20 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE
The post 35 laporan polis terhadap wanita, tipu duit kutu RM1.7 juta appeared first on Kosmo Digital.






