
KUBANG PASU: Pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan wang permainan kutu direman dua hari lagi bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, kedua-dua suspek berusia 39 dan 36 tahun itu sebelum ini direman empat hari bermula 6 Ogos yang berakhir hari ini.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Akhbar sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri terbabit dilaporkan hilang bersama anak lelaki mereka yang berusia sembilan tahun oleh ahli keluarga pada 20 Julai lalu.
Pasangan itu kemudian menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di sini kira-kira pukul 1.50 pagi, Khamis lalu. – UTUSAN
The post Suami isteri direman lagi kes duit kutu appeared first on Utusan Malaysia.





