364 mangsa kebakaran Tawau terima bantuan

12 Mar 2024 • 3:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Nasib 364 mangsa kebakaran di Kg Tanjung Batu Keramat (Logpond) terus mendapat pembelaan apabila menerima bantuan wang ihsan Kerajaan Negeri bernilai RM216,000 yang disampaikan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, pada Isnin.

Lebih menggembirakan, Hajiji berkata kerajaan negeri memberikan bantuan pembelian peralatan rumah RM20,000 bagi 45 rumah yang musnah 100 peratus dalam kejadian kebakaran itu, manakala RM10,000 untuk tujuh rumah yang hangus sebahagian, membabitkan jumlah RM970,000 kesemuanya.

Jumlah keseluruhan bantuan adalah sebanyak RM1,186,000.

Menurut Hajiji, setiap 72 ketua isi rumah (KIR) menerima wang ihsan berjumlah RM3,000 iaitu RM1,000 daripada Kerajaan Negeri, RM1,000 (Tabung Zakat Majlis Ugama Islam Sabah), RM700 (Yayasan Kebajikan Sabah) dan RM300 (Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah).

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Katanya, sumbangan itu merupakan tanda keprihatinan kerajaan terhadap rakyatnya yang sedang diuji, khususnya ketika umat Islam menyambut bulan puasa, malah anak-anak juga memulakan sesi persekolahan 2024/2025.

“Apabila rakyat ditimpa musibah, kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan mereka terjaga... Saya berharap bantuan ini akan sedikit sebanyak dapat meringankan beban para mangsa,” katanya.

Hajiji berucap demikian sempena Program Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Kerajaan Negeri kepada mangsa kebakaran di Gelanggang Bola Keranjang, Kompleks Sukan Tawau, Isnin.

Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ariffin Arif; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy; Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui; ADUN Sebatik, Datuk Hassan A Gani Pg Amir; Adun Kukusan, Rina Jainal dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang.

Berkenaan tapak rumah mangsa, Hajiji berkata, mereka dibenarkan membina semula rumah masing-masing memandangkan penempatan itu sudah diwartakan rizab kampung dan bukannya setinggan.

Justeru, beliau berharap bantuan RM20,000 bagi pembelian bahan binaan rumah itu dapat membantu penduduk untuk membangunkan semula rumah kediaman.

Sementara itu, salah seorang penerima sumbangan, Usman Madeaming, 48, bersyukur dengan bantuan diberi kerajaan yang sememangnya amat membantu meringankan beban mereka.

“Perancangan kami sekeluarga adalah untuk membangunkan semula rumah di tapak asal... Kami tidak akan berpindah memandangkan kampung ini sudah diwartakan,” katanya yang sudah hampir 40 tahun tinggal di situ.

Dalam insiden jam 2.30 petang pada 6 Mac lalu, Usman dan bapanya, Madeaming Malla, 80an, antara yang kehilangan tempat tinggal.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.