RM35,000 untuk bantu 97 mangsa kebakaran di Bongawan

8 Mar 2024 • 1:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BONGAWAN: Kesukaran dialami 97 mangsa kebakaran selepas kediaman mereka musnah dalam satu kejadian di Kampung Laut, di sini mendapat perhatian kerajaan negeri dan agensi-agensi Islam.

Dalam satu majlis yang diadakan di Surau Kampung Laut, seramai 25 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran menerima sumbangan RM35,000 disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Arif, di sini, Khamis.

Sebanyak RM25,000 disumbangkan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) manakala RM10,000 disumbangkan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, termasuk bantuan makanan keperluan oleh agensi Islam berkaitan.

Hadir sama Timbalan Yang Di Pertua (YDP) Muis, Datuk Malai Ali Malai Ahmad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (Jheains), Jumain Abdul Ghani; wakil rakyat Bongawan, Dr Daud Yusof dan Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Arifin yang juga wakil rakyat Membakut berkata, pihaknya akan mengenal pasti keperluan mangsa khususnya mereka yang bakal memulakan sesi persekolahan minggu depan khususnya kelengkapan sekolah.

“Kita akan mengenal pasti keperluan mereka dan mudah-mudahan kita dapat membantu mereka,” katanya sambil menambah semoga mangsa kebakaran bersabar dengan ujian Allah SWT.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak terutamanya orang perseorangan, persatuan-persatuan yang turut sama membantu dan meringankan beban mangsa kebakaran terbabit.

Isnin lepas, sebanyak 12 buah rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 12 tengahari itu dan menyebabkan 97 penduduk tinggal sehelai sepinggang.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.