“Kenapa dengan anak-anak saya?” – Tragedi Sungai Jeram: Ibu OKU Lembam Tidak Sedar 2 Anak Sudah Tiada

LocalFamily & Parenting
13 May 2026 • 11:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ibu oku lembam anak lemas sungai jeram

Tragedi lemas di Sungai Jeram Hulu, Kuala Terengganu yang meragut nyawa dua beradik pada petang Selasa turut menyimpan kisah pilu apabila ibu kandung mereka yang juga OKU lembam masih tidak menyedari kedua-dua anaknya telah meninggal dunia.

Suria Sulung, 34, seakan-akan tidak mengerti kedua-dua anaknya, Nur Shahila Shahirah Azman, 12, dan Nur Afiqah Shahirah Mohd. Shawalluddin, 15, sudah meninggal dunia.

“Kenapa dengan anak-anak saya?” katanya ketika melihat anggota bomba mengangkat jasad kedua-dua anaknya di lokasi kejadian di Kampung Jeram Manir.

M9MrSKqT CMS .jpg

Ibu kepada Suria yang juga nenek mangsa, Esah Salleh berkata anaknya tidak memahami sepenuhnya situasi yang berlaku disebabkan keadaannya. Malah, salah seorang mangsa iaitu cucu sulungnya yang berusia 15 tahun itu juga merupakan OKU lembam.

​”Mereka berdua (mangsa) ni memang tinggal bersama saya di Kampung Jeram sejak kecil lagi selepas Suria berpisah dengan suaminya,” katanya.

Menurut Esah, sebelum kejadian kedua-dua cucunya keluar dari rumah untuk pergi ke rumah rakan sebelum dia dimaklumkan orang ramai mengenai insiden lemas itu.

​”Saya sangat terkejut apabila diberitahu cucu lemas di sungai. Kehilangan mereka amat dirasai kerana saya yang menjaga mereka dari kecil dan kami sangat rapat,” katanya.

Menurut laporan, mayat dua beradik itu ditemui berada berdekatan oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada kedalaman empat meter dan kedudukan 20 meter dari lokasi kejadian.

Sumber: Kosmo!, Sinar Harian

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.