4,812 huffaz MRSM berjaya ceburi bidang profesional – Asyraf Wajdi

21 Sep 2026 • 10:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 4,812 huffaz MRSM berjaya ceburi bidang profesional – Asyraf Wajdi

PETALING JAYA – Seramai 4,812 pelajar huffaz (penghafaz al-Quran) daripada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berjaya menceburi bidang profesional, setakat ini.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia membuktikan para huffaz bukan sekadar menghafal keseluruhan 30 juzuk al-Quran, tetapi juga cemerlang akademik dan mampu menceburi bidang profesional.

Selain itu, sehingga pertengahan tahun ini sahaja beliau memaklumkan, seramai 368 pelajar MRSM berjaya khatam hafazan 30 juzuk.

“Ini sebahagian inisiatif Mara untuk memperkasakan agenda ‘Memprofesionalkan huffaz, menghuffazkan profesional’, supaya tiada lagi suara-suara sumbang memperlekehkan usaha melahirkan lebih ramai para huffaz.

“Bukan sekadar menghafal keseluruhan 30 juzuk al-Quran, tetapi juga mampu mencipta kecemerlangan dalam akademik dan menceburi bidang-bidang profesional terutamanya terkait dengan STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik),” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tambah beliau, Mara juga sudah mula mengambil inisiatif baharu dengan memperkenalkan konsep Ulul-Albab Mini atau Tamhidi di seluruh 50 MRSM yang lain.

“Selain lapan MRSM Ulul Albab yang menyasarkan semua pelajar hafaz 30 juzuk al-Quran, Mara sudah mula mengambil inisiatif baharu dengan memperkenalkan konsep Ulul-Albab Mini atau Tamhidi di seluruh 50 MRSM lain.

“Ia dengan misi sekurang-kurangnya sebelum tamat tingkatan lima, pelajar-pelajar muslim di MRSM mampu hafaz sekurang-kurangnya 5 juzuk,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post 4,812 huffaz MRSM berjaya ceburi bidang profesional – Asyraf Wajdi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved