MRSM Berjaya Lahirkan 4,812 Pelajar Huffaz Setakat Ini & Berjaya Masuk Bidang Profesional - Asyraf Wajdi

21 Sep 2026 • 8:33 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

MRSM Berjaya Lahirkan 4,812 Pelajar Huffaz Setakat Ini & Berjaya Masuk Bidang Profesional - Asyraf Wajdi

Seramai 4,812 pelajar huffaz daripada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kini berjaya menceburi bidang profesional, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asraf Wajdi Dusuki.

4,812 pelajar huffaz MRSM ceburi bidang professional

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata pencapaian itu membuktikan golongan huffaz bukan sahaja mampu menguasai hafazan al-Quran, malah boleh mencapai kecemerlangan akademik dan melanjutkan kerjaya dalam pelbagai bidang profesional.

Beliau berkata sehingga pertengahan tahun ini sahaja, seramai 368 pelajar MRSM telah berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juzuk al-Quran.

Menurutnya, pencapaian itu merupakan sebahagian daripada inisiatif MARA memperkasakan agenda ‘Memprofesionalkan Huffaz, MengHuffazkan Profesional’ dalam melahirkan generasi huffaz yang cemerlang dalam akademik, selain mampu menceburi bidang profesional khususnya sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Baca juga:

“Tiada lagi suara-suara sumbang memperlekehkan usaha untuk melahirkan lebih ramai para huffaz yang bukan sahaja sekadar menghafal keseluruhan 30 juzuk al-Quran tetapi juga mampu mencipta kecemerlangan dalam akademik dan menceburi bidang-bidang profesional,” katanya.

Asraf Wajdi berkata selain lapan MRSM Ulul Albab yang menyasarkan semua pelajarnya menghafaz 30 juzuk al-Quran, MARA turut memperkenalkan konsep Ulul Albab Mini atau Tamhidi di 50 MRSM lain.

Katanya, inisiatif itu menyasarkan sekurang-kurangnya pelajar Muslim di MRSM mampu menghafaz lima juzuk al-Quran sebelum menamatkan pengajian di Tingkatan Lima.

Beliau berkata usaha berkenaan mencerminkan komitmen MARA memperluaskan pendekatan pendidikan berteraskan al-Quran, seiring usaha memastikan pelajar terus mencapai kecemerlangan dalam akademik dan seterusnya membina kerjaya dalam bidang profesional.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved