Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka mengumumkan keputusan menarik sokongan dan melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri.
Ini termasuklah jawatan jawatan Exco, Timbalan Exco, Timbalan Speaker dan lantikan berkaitan pentadbiran negeri.
Difahamkan keputusan ini dipanggil bagi menunaikan janji mereka untuk berundur sekiranya Perlembagaan Negeri dipinda untuk membolehkan pelantikan Adun lantikan.
Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong dalam satu sidang media berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak boleh terus berada dalam kerajaan memandangkan mereka menolak usul yang dibawa pentadbiran negeri.
“Kita telah mengambil pendirian yang jelas menolak RUU ini kerana ia bercanggah dengan prinsip demokrasi pilihan raya. Oleh itu, kita perlu keluar daripada Kerajaan Negeri Melaka.
“Memandangkan kita telah menolak usul yang dibentang oleh kerajaan, kita tak boleh tolak dan berada dalam kerajaan pada masa yang sama. Itu tidak adil.
“Sebagai basic backbencher sepatutnya mereka perlu menyokong dasar atau usul dalam DUN. Apatah lagi ini usul penting sebab berkaitan perlembagaan negeri,” kata Khoo.
Memetik MalaysiaKini, selain jawatan yang dinyatakan di atas, semua ketua kampung dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan dari DAP yang dilantik di bawah kerajaan negeri.
Pengerusi PH Melaka yang ADUN Amanah juga letak jawatan
Menurut laporan Awani pula, Pengerusi PH Melaka merangkap Adun Bukit Katil daripada Amanah, Adly Zahari turut melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri.
Keputusan ini sekaligus menjadikan PH sebagai pembangkang berkuat kuasa serta-merta.
Namun difahamkan semua wakil PH ini masih mengekalkan jawatan masing -masing sebagai ADUN.
Kerajaan negeri tidak terjejas
Dalam pada itu Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan pentadbiran kerajaan di negeri itu tidak akan terjejas dengan keputusan terbabit.
Tegas beliau lagi, ini memandangkan Barisan Nasional (BN) tidak pernah bergantung kepada mana-mana parti untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021







