4 ahli sindiket cuba seludup ganja lebih RM74 juta dihukum penjara

25 Sep 2026 • 11:17 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 4 ahli sindiket cuba seludup ganja lebih RM74 juta dihukum penjara

LONDON – Empat ahli kumpulan sindiket penyeludupan dadah dihukum penjara di United Kingdom kerana cuban menyeludup ganja bernilai £13.8 juta (RM74.3 juta) dari Thailand, lapor laman berita Thaiger.

Hukuman itu diumumkan Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) pada 21 September lalu. Ia menyusul siasatan berterusan terhadap rampasan dadah besar-besaran itu di Lapangan Terbang Birmingham.

Empat tertuduh merupakan antara 11 keldai dadah yang ditangkap pada Ogos 2024 selepas anggota dan pegawai Pasukan Sempadan menemukan 460 kilogram ganja yang dibungkus dalam 22 bagasi. 

Kumpulan tersebut berlepas dari Thailand menuju Birmingham melalui Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle.

Bradley Lloyd, 27, menerima hukuman penjara paling lama iaitu empat tahun, manakala Lewis Ross, 35, dan Nathan Vitorino, 26, masing-masing dipenjara dua tahun lapan bulan.

Carsten Kyei, 21, menerima hukuman penjara dua tahun enam bulan. Baki tujuh penghantar yang disabitkan kesalahan dijadualkan menerima hukuman masing-masing, 22 Oktober ini. – AGENSI .

 

The post 4 ahli sindiket cuba seludup ganja lebih RM74 juta dihukum penjara appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved