4 beranak maut: Bedah siasat suami selesai, maut akibat jatuh dari tempat tinggi

29 Aug 2026 • 9:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 4 beranak maut: Bedah siasat suami selesai, maut akibat jatuh dari tempat tinggi

PETALING JAYA – Bedah siasat ke atas lelaki yang dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Desa ParkCity, Kepong, di sini Khamis lalu, selesai dijalankan malam ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, bedah siasat terhadap lelaki berusia 48 tahun itu dan isterinya selesai dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur pada pukul 7 malam.

Menurut beliau, hasil bedah siasat mendapati kematian lelaki berkenaan berpunca daripada kecederaan berganda akibat jatuh dari tempat tinggi.

“Kedua-dua belah keluarga (suspek dan isterinya) kini dalam proses membawa pulang mayat untuk disemadikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan empat sekeluarga ditemukan maut dalam kejadian di sebuah kondominium di Desa ParkCity, Kepong, kelmarin.

Polis menerima laporan pada pukul 3.32 petang berhubung seorang lelaki berusia 48 tahun yang dipercayai terjatuh dari bangunan kediaman berkenaan.

Pemeriksaan di unit kediaman itu dengan bantuan bomba menemukan tiga mayat dalam bilik berasingan membabitkan isteri serta dua anak lelaki suspek.

Hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa maut akibat kecederaan tikaman pada bahagian leher.

Polis turut menemukan nota yang dipercayai ditinggalkan lelaki berkenaan, yang antara lain menjelaskan kejadian dikaitkan dengan kerugian RM260,000 selepas isterinya menjadi mangsa penipuan sindiket ‘love scam’. – KOSMO! ONLINE

The post 4 beranak maut: Bedah siasat suami selesai, maut akibat jatuh dari tempat tinggi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved