Kes empat beranak maut: Tikaman di leher punca kematian tiga mangsa - Polis

29 Aug 2026 • 4:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes empat beranak maut: Tikaman di leher punca kematian tiga mangsa - Polis
Polis berkata, bedah siasat terhadap wanita berkenaan dan dua anaknya dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur, semalam. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Punca kematian tiga sekeluarga yang ditemukan maut di sebuah kondominium di Desa ParkCity, Kepong, Khamis lepas disebabkan tikaman di leher.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, bedah siasat terhadap wanita berkenaan dan dua anaknya dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur, semalam.

"Bedah siasat terhadap mayat anak lelaki dan anak perempuan dilakukan semalam pada 9 pagi hingga 5 petang dan punca kematian disebabkan luka tikaman di leher.

"Bedah siasat terhadap wanita dewasa (isteri) turut dijalankan pada hari sama dan mendapati kematian disebabkan kesan trauma tajam pada leher dan dada," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fadil berkata, bedah siasat terhadap mayat suspek, yang juga suami kepada wanita berkenaan dijangka selesai petang ini.

Beliau berkata, proses menuntut mayat kesemua mangsa hanya akan dilakukan selepas bedah siasat terhadap mayat suspek selesai, yang dijangka pada 6 petang ini.

Mengulas tentang dakwaan motif kejadian yang dikaitkan dengan penipuan love scam serta pelaburan haram, Fadil berkata, perkara itu berada dalam pengetahuan keluarga mangsa, namun pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkannya.

Dalam kejadian pada Khamis lepas, seorang lelaki maut dipercayai terjatuh dari bangunan kondominium di Kepong, manakala isteri dan dua anaknya ditemukan maut di dalam unit kediaman berkenaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta mati mengejut (SDR). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved