4 Buah Kereta Kena Pecah Cermin Di Tempat Letak Kenderaan Berhadapan Majma Mall Kuching

20 Oct 2024 • 5:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

4 buah kereta kena pecah cermin di Kuching

4 Buah Kereta Kena Pecah Cermin Di Tempat Letak Kenderaan Berhadapan Majma Mall Kuching. Dalam sebuah hantaran video tular di Facebook, empat buah kereta telah dipecah di kawasan letak kenderaan berhadapan Majma Mall, berdekatan bangunan RTM Kuching.

Dalam hantaran berkenaan, dikatakan kejadian dipercayai berlaku pada waktu siang, dan pelaku dipercayai bertindak pantas memecahkan cermin kereta-kereta yang diparkir di lokasi tersebut.

image is not available
4 Buah Kereta Kena Pecah Cermin Di Tempat Letak Kenderaan Berhadapan Majma Mall Kuching. Gambar tangkap layar dari FB Pija Za’aba

Kes ini boleh mencetuskan kebimbangan

Kes ini boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan memandangkan kejadian pecah kereta itu berlaku di siang hari di Kuching.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih dari 700 kongsian di Facebook dan netizen di ruangan komen rata-ratanya meluahkan kerisauan masing-masing.

Oleh itu, buat anda di luar sana yang ada menyaksikan sebarang aktiviti mencurigakan untuk segera melaporkan kepada pihak polis agar tindakan pantas dapat diambil bagi mencegah kejadian serupa daripada berulang.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved