“4 Kali Aku Hadap Pengetua” – Dah Buat Aduan & Laporan Polis, Isteri ‘Abang Wiring’ Dakwa Guru Wanita Tak Serik-Serik

26 May 2025 • 11:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial tentang hubungan terlarang di antara seorang guru sekolah di Melaka dan lelaki yang berstatus suami orang.

Guru tersebut yang juga isteri orang mendapat kecaman kerana bukan sahaja mencalarkan imej dan maruah tetapi juga memalukan pekerjaan sebagai pendidik.

image is not available

Menerusi hantaran di Thread, pemilik akaun dipercayai isteri kepada lelaki digelar ‘Abang Wiring’ itu telah mendapat perhatian selepas mendedahkan sesuatu.

Kata individu itu, isteri lelaki berkenaan sudah berkali-kali berjumpa pengetua sekolah malah turut membuat laporan polis namun guru terbabit tidak serik-serik.

Dia (guru) macam mencabar tau. Aku macam nak separuh mati turun naik sekolah. 4 kali aku hadap Pengetua, buat aduan. Pergi balai dekat 2 kali. Eh? Kau contact lagi dengan suami aku.

image is not available

Dalam pada itu, difahamkan isteri lelaki itu akui bukan dia yang menularkan hal tersebut sebaliknya ada orang membuat akaun palsu dan menyebarkan kisah tersebut.

Dia juga dipercayai sedang dalam proses cerai dengan suaminya namun lelaki itu tidak memberikan kerjasama.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Netizen Tak Sanggup Baca Pendedahan Guru Berstatus Isteri Orang 'Kantoi' Berzina Dengan Suami Orang