4 Kanak-kanak M*ut Lepas Cuba Ambil Bola Dalam Longkang, Ibu Luluh Lihat Jenazah Anak

LocalFamily & Parenting
15 Sep 2026 • 10:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

maut jatuh longkang ambil bola

Tiada siapa menyangka aktiviti bermain bola seperti biasa bertukar menjadi tragedi memilukan apabila empat kanak-kanak maut akibat lemas dalam kejadian di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, kesemua mangsa berusia lapan hingga 12 tahun, dipercayai sedang mengambil bola yang terjatuh ke dalam longkang ketika kejadian.

Mangsa dikenal pasti sebagai Muhamad Aeril Aziz Muhamad Zafis, 12, dan adik tirinya, Muhammad Arif Naufan Abdullah, 8, serta dua lagi iaitu Muhammad Zafril Arsyad Muhamad Azrin, 12, dan Muhammad Iman Nuruddin Khairol Anuar, 10.

Menurut Syamsul, anggaran kedalaman longkang berkenaan lebih kurang 10 kaki (lebih tiga meter) dan lebar longkang lebih kurang 6 kaki (1.82 meter).

“Hasil temubual ibu mangsa mendapati kesemua mereka telah keluar dari rumah untuk bermain bola. Selepas itu, dipercayai bola terjatuh ke dalam longkang di tempat kejadian dan kesemua mangsa cuba mengambil bola tersebut sebelum terjatuh ke dalam longkang.

“Semasa kejadian tidak ada saksi yang melihat kejadian itu berlaku,” jelasnya.

811236585 1809845100206869 4457027424632533732 n 807798218 946271248514351 3080954767432909935 n

Difahamkan, dua mangsa berusia 12 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi yang berusia lapan dan 10 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulim.

Kejadian itu turut tular menerusi beberapa gambar dan video di media sosial yang memaparkan mangsa dibawa naik dari longkang dan kawasan kolam tadahan oleh beberapa individu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved