Empat sahabat dikebumikan dalam satu liang lahad

15 Sep 2026 • 6:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Empat sahabat dikebumikan dalam satu liang lahad
Kesemua empat jenazah kanak-kanak yang maut dalam insiden ambil bola dalam longkang dikebumikan dalam satu liang lahad.
Image from: Empat sahabat dikebumikan dalam satu liang lahad
Kesemua empat jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad.
Image from: Empat sahabat dikebumikan dalam satu liang lahad
Pengebumian disempurnakan di Masjid Jamek Nurul Ehsan Sungai Karangan.
Image from: Empat sahabat dikebumikan dalam satu liang lahad
Kesemua jenazah tiba di Masjid Jamek Nurul Ehsan sebelum Asar untuk disolat dan dikebumikan.

KULIM - Kesemua empat jenazah kanak-kanak yang meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh longkang semasa mengambil bola di Taman Desa Kayangan, di sini selamat dikebumikan dalam satu liang lahad, petang Selasa.

Pengebumian disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Nurul Ehsan, Sungai Karangan dekat sini, selesai kira-kira jam 5.45 petang.

Sebelum itu, tiga jenazah kanak-kanak yang selesai bedah siasat dibawa dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar ke Surau Taman Desa Kayangan sekitar jam 3.30 petang untuk memberi peluang kepada saudara dan rakan memberikan penghormatan terakhir.

ARTIKEL BERKAITAN:Ambil bola dalam longkang, polis sahkan empat kanak-kanak meninggal dunia

Mereka ialah Muhamad Aeril Aziz Muhamad Zafis, 12, adik tirinya, Muhammad Arif Naufan Abdullah, 8, dan rakan, Muhammad Iman Nuruddin Khairol Anuar, 10.

**media[3648672]**

Sementara, seorang lagi jenazah, Muhammad Zafril Arsyad Muhamad Azrin, 12, dibawa dari HSB ke rumah keluarganya di Kampung Baru Gajah Merangkak dekat sini.

**media[3648674]**

Kesemua jenazah kemudiannya tiba di Masjid Jamek Nurul Ehsan sebelum Asar untuk disolat dan dikebumikan.

Terdahulu, empat kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam longkang dipercayai ketika cuba mengambil bola di Taman Desa Kayangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved