4 kenderaan berlanggar, lelaki tersepit dalam Honda City

LocalCars
28 Aug 2026 • 11:17 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 4 kenderaan berlanggar, lelaki tersepit dalam Honda City

SUBANG JAYA – Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun cedera selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Subang menghala Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Clock Tower, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.24 pagi itu, kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang tidak membawa penumpang dan tiga buah kereta.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, mangsa tersepit di bahagian pemandu sebuah kereta Honda City.

Beliau berkata, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya bersama sebuah jentera FRT dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, jentera tiba di lokasi pada pukul 9.45 pagi, kira-kira tiga kilometer dari balai.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

“Mangsa mengalami kecederaan patah pada bahagian tangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post 4 kenderaan berlanggar, lelaki tersepit dalam Honda City appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved