Pemandu bas positif methamphetamine langgar tujuh kenderaan

28 Aug 2026 • 9:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu bas positif methamphetamine langgar tujuh kenderaan

PETALING JAYA – Seorang pemandu bas warga tempatan berusia lingkungan 40-an didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas terbabit dalam kemalangan yang melibatkan tujuh kenderaan di jalan raya di susur Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuh Raya Persekutuan, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu, bas berkenaan dipandu dari arah Shah Alam menghala ke Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mat berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, bas berkenaan dipercayai telah melanggar dua kenderaan sebelum menyebabkan perlanggaran dengan empat kenderaan lain.

“Seorang mangsa lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kejadian itu dikesan selepas satu video tular di media sosial yang memaparkan kemalangan berkenaan pada kira-kira pukul 3.40 petang.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu bas positif dadah jenis methamphetamine.

“Pemandu berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pada esok bagi permohonan tahanan reman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu bas positif methamphetamine langgar tujuh kenderaan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved