40 orang pertaruhkan nyawa untuk saya seorang – Pendaki Croatia

14 Sep 2026 • 5:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 40 orang pertaruhkan nyawa untuk saya seorang – Pendaki Croatia

KOTA KINABALU – “Ia menghancurkan hati saya. Adakah semuanya berbaloi? Saya tidak tahu. Mungkin tidak, badan yang cedera. 40 orang mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan seorang.”

Demikian kata pendaki Croatia, Mauro Persic, 46, yang diselamatkan pasukan penyelamat selepas lapan hari menanggung kecederaan seorang diri di Gunung Kinabalu.

Persic menerusi hantaran di Facebook berkata, dia kesal atas risiko yang diambilnya, namun insiden itu mengukuhkan lagi kepercayaan terhadap sifat belas ihsan manusia.

“Operasi menyelamat memberi keinsafan terutama apabila anggota penyelamat dan ‘porter’ terpaksa mengusung saya turun disebabkan terlalu lemah dan cedera.

“Antara yang paling memberi kesan kepada saya ialah seorang porter berusia 15 tahun. Ketika remaja itu mengusung saya menuruni gunung, saya dapat merasai setiap hentakan kaki dan lutut porter tersebut,” katanya.

Persic berkata, walaupun tidak mengenali individu yang membantunya, mereka melayannya baik sepanjang tempoh getir tersebut.

“Pengalaman ini tidak membuatkan saya menyimpan pahit, sebaliknya mengukuhkan lagi kepercayaannya terhadap sifat belas kasihan manusia,” katanya.

Lelaki itu berkata, mereka membawakan makanan, coklat dan makanan ringan, berkumpul di unggun api, berkongsi jenaka dan menemaninya ketika anggota penyelamat berusaha membawanya turun dari gunung.

Pendaki Croatia itu yang diselamatkan minggu lalu menerusi operasi membabitkan pelbagai agensi mengalami kecederaan pada kaki dan rusuk kanan, selain luka ringan pada tangan.

Persic yang menyertai perlumbaan pengembaraan lasak di Tambatuan, Kota Belud, mendaki Gunung Kinabalu menerusi laluan timur, iaitu denai yang menghubungkan kampung yang bergantung kepada sumber air mata air di Kundasang.

Walaupun menerima layanan baik daripada penduduk, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Jamili Nais berkata, individu yang melanggar peraturan di Gunung Kinabalu wajar dipenjara bagi memberi pengajaran dan mencegah perbuatan sama daripada berulang.

Jamili yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah Taman-Taman Sabah berkata, individu yang melanggar peraturan wajar dikenakan hukuman penjara bagi memberi pengajaran kepada pihak lain.

Sehingga petang ini, Persic masih ditahan polis dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Arifin berkata, siasatan masih dijalankan berhubung insiden tersebut.

The post 40 orang pertaruhkan nyawa untuk saya seorang – Pendaki Croatia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved