407 mangsa banjir masih berlindung di empat PPS

18 Oct 2026 • 11:08 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 407 mangsa banjir masih berlindung di empat PPS

TAIPING – Seramai 407 mangsa banjir daripada 147 keluarga masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Larut, Matang dan Selama setakat pukul 8 pagi tadi.

Menurut laporan kejadian bencana negeri Perak, hari ini, jumlah itu tidak berubah berbanding pukul 4 pagi, dengan kesemua PPS terbabit masih beroperasi.

Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Ibol menempatkan mangsa paling ramai iaitu 181 orang daripada 57 keluarga dari Kampung Changkat Ibol.

Dewan Masjid Al-Wusta Batu 8 pula menempatkan 130 mangsa daripada 57 keluarga dari Kampung Batu 9.

Seramai 79 mangsa daripada 24 keluarga dari kawasan Matang berlindung di SK Matang Gelugor, manakala 17 orang daripada sembilan keluarga dari kawasan Trong ditempatkan di Dewan Perdana Trong.

PPS SK Changkat Ibol dibuka pada pukul 6 petang semalam, disusuli Dewan Masjid Al-Wusta Batu 8 pada pukul 6.30 petang.

Dewan Perdana Trong dan SK Matang Gelugor pula mula beroperasi pada pukul 8.30 malam semalam.

Tiada pembukaan PPS baharu atau penutupan pusat pemindahan direkodkan antara pukul 4 hingga 8 pagi tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 56 mangsa ribut daripada 21 keluarga masih ditempatkan di PPS SK Matang yang dibuka sejak pukul 6.30 petang, 14 Oktober lalu.

Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Changkat Baru Matang, Kampung Teluk Kertam, Kampung Melawati dan Kampung Hujung Matang.

Sementara itu, data Jabatan Pengairan dan Saliran yang disertakan dalam laporan berkenaan menunjukkan paras Sungai Slim di Slim River, Muallim melepasi paras bahaya, pagi ini.

Bacaan pada pukul 7.15 pagi merekodkan paras sungai itu pada 26.85 meter, iaitu 1.45 meter melebihi paras bahaya 25.40 meter. – KOSMO! ONLINE

The post 407 mangsa banjir masih berlindung di empat PPS appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved