Tiga PPS ditutup, mangsa banjir turun kepada 90 individu

18 Oct 2026 • 2:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga PPS ditutup, mangsa banjir turun kepada 90 individu

IPOH – Mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 90 mangsa daripada 27 buah keluarga apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di tutup pada pukul 1.30 petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, tiga PPS yang ditutup berkenaan ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Ibol, PPS Dewan Masjid Al-Wusta Batu 8 dan Dewan Perdana Trong.

“Setakat pukul 12 tengah hari tadi, masih terdapat 426 orang mangsa melibatkan 153 buah keluarga masih berlindung di empat buah PPS.

“Bagaimanapun, tiga PPS ditutup pada pukul 1.30 petang tadi, dengan PPS SK Matang Gelugor dan PPS SK Matang masih menempatkan mangsa bencana seperti banjir dan ribut,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing ekoran banjir telah surut sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga PPS ditutup, mangsa banjir turun kepada 90 individu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved