SOOK: Seramai 415 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Negeri (Dun) Tulid menerima geran tanah dengan keluasan keseluruhan 839 hektar menerusi Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (Pantas).
Daripada jumlah itu, 140 menerima Geran Pantas membabitkan 207 hektar tanah, manakala 237 lagi mendapat Geran Deraf Biasa meliputi 86 hektar.
Sementara itu, 36 penduduk menerima Geran Deraf Pantas dengan keluasan 544 hektar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tulid Datuk Flovia Ng menyampaikan geran terbabit di Dewan Kampung Magatang, di sini, pada Khamis.
Bercakap kepada pemberita, Flovia yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat menegaskan pemilikan tanah adalah warisan generasi akan datang.
Justeru katanya, penerima diingatkan agar tidak menjual tanah terbabit sebaliknya memanfaatkannya untuk projek pertanian serta meningkatkan pendapatan keluarga.
“Jangan jual tanah sewenang-wenangnya sebab ini adalah hak yang boleh diturunkan kepada anak cucu generasi seterusnya,” katanya.
Flovia turut menekankan komitmen kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor melalui Program Pantas yang mempercepatkan proses pengukuran dan pemilikan tanah, sekali gus membuktikan kerajaan serius membawa pembangunan ke pedalaman.
Sementara itu, penerima menyatakan kesyukuran kerana penantian mereka selama berpuluh tahun akhirnya berbalas, sekali gus memberi peluang baharu untuk meningkatkan taraf hidup serta menjamin masa depan keluarga.