47,412 Kandungan Buli Siber Dikenal Pasti, Ibu Bapa Digesa Larang Anak Usia Bawah 16 Tahun Guna WhatsApp – Fahmi

LocalFamily & Parenting
29 Oct 2026 • 10:41 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

47,412 Kandungan Buli Siber Dikenal Pasti, Ibu Bapa Digesa Larang Anak Usia Bawah 16 Tahun Guna WhatsApp – Fahmi

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Penggunaan platform komunikasi WhatsApp dilihat semakin meluas dalam kalangan masyarakat Malaysia termasuklah golongan dewasa dan pelajar.

Bagaimanapun terbaharu, kerajaan menggesa ibu bapa supaya tidak lagi membenarkan anak berusia bawah 16 tahun menggunakan aplikasi WhatsApp.

Hal ini bagi mengurangkan risiko terdedah kepada buli siber dan penyebaran kandungan tidak sesuai.

Ibu Bapa Mungkin Tidak Tahu Dengan Siapa Anak Berhubung Menerusi WhatsApp

Menurut Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil, penggunaan aplikasi berkenaan perlu dipantau kerana ibu bapa mungkin tidak mengetahui individu yang berhubung dengan anak-anak mereka serta kandungan yang dikongsikan dalam kumpulan sembang (WhatsApp Group).

Tambah Fahmi, ibu bapa perlu memantau setiap aktiviti digital anak selain memastikan mereka memahami kesan dan risiko berinteraksi bersama indvidu tidak dikenali dan berkongsi sesuatu perkara di platfotrm media sosial.

Anak Berpotensi Wujudkan Group WhatsApp Tanpa Pengetahuan & Pantauan Ibu Bapa – Fahmi

Jelasnya, meskipun WhatsApp secara jelas memudahkan komunikasi antara ahli keluarga, namun turut berisiko menjadi ruang berlakunya buli siber serta penyebaran kandungan yang boleh memudaratkan kanak-kanak.

“Saya juga sedikit risau kerana ada platform komunikasi tertentu seperti WhatsApp dan Telegram yang menggunakan penyulitan hujung ke hujung, membolehkan kumpulan tertentu diwujudkan tanpa pengetahuan orang awam.

“Kumpulan ini bukan kumpulan awam, sebaliknya kumpulan peribadi dan kadangkala isu buli bermula atau berleluasa dalam kumpulan seperti ini,” katanya.

MCMC Kenal Pasti Lebih 40,000 Kandungan Buli Siber, 81% Daripada TikTok

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenal pasti sebanyak 47,412 kandungan berunsur buli siber dan meminta ia diturunkan sejak Januari hingga semalam, dengan 81% daripadanya melibatkan platform TikTok.

Facebook Rekod Jumlah Kandungan Buli Siber Kedua Tertinggi

Antara banyak-banyak laman media sosial yang ada, Facebook merupakan platform kedua tertinggi dengan 12% daripada kandungan buli siber yang dikenal pasti.

“Dari awal tahun hingga semalam (kelmarin, 27 Oktober), kandungan bersifat buli siber yang dikenal pasti oleh MCMC adalah berdasarkan aduan awam,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Tipu Umur Anak Untuk Daftarkan Akaun Media Sosial Adalah Satu Kesalahan – Presiden MCCA

Terdahulu, Fahmi memaklumkan mereka yang berusia bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan untuk membuka akaun media sosial sendiri. Pun begitu, akaun yang dikendalikan oleh ibu bapa untuk pihak anak adalah dibenarkan.

Jelasnya, ketetapan itu dilakukan bertujuan untuk melindungi mereka yang di bawah umur dari risiko keselamatan dalam talian termasuklah ancaman pemangsa siber yang berpotensi menghubungi anak-anak di bawah umur ini melalui pelbagai jenis platform media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: Bawah 16 Tahun Dilarang Buka Akaun Media Sosial, Hanya Yang Dikendalikan Ibu Bapa Dibenarkan

Baca Artikel Berkaitan: Budak Bawah 16 Tahun Dilarang Buka Akaun Media Sosial Bermula 2026

Pernah Tular Kes Murid-murid Tahun 4 Berbual Meminta Rakan Untuk Tunjuk Alat Sulit Dalam Grup WhatsApp

Dalam satu isu tular sebelum ini, sekumpulan murid tahun empat tertangkap berbual dengan rakan sebaya mengenai alat sulit lelaki di dalam grup WhatsApp.

Pada mulanya kelihatan salah seorang daripada kanak-kanak itu meminta rakannya di dalam kumpulan tersebut untuk menunjukkan alat sulitnya.

Isu ini jelas menunjukkan bahawa WhatsApp boleh menjadi medium penyebaran kandungan tidak senonoh dalam kalangan rakan sebaya.

Baca Artikel Berkaitan: Perbualan Tidak Senonoh Kanak-Kanak Tahun 4 Di Grup WhatsApp Jadi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Akan Sekat Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Dari Platform Media Sosial – Fahmi Fadzil

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved