477 ‘rumah oksigen’ kepada penduduk terjejas jerebu

WorldHealth & Fitness
22 Oct 2026 • 4:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 477 ‘rumah oksigen’ kepada penduduk terjejas jerebu

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia mewujudkan 477 tempat perlindungan oksigen kecemasan atau “rumah oksigen” di seluruh pusat kesihatan masyarakat, hospital dan kemudahan awam di tujuh wilayah untuk merawat penduduk yang terjejas akibat jerebu toksik daripada kebakaran hutan dan tanah yang berterusan, menurut agensi berita negara Antara.

Ketua Biro Komunikasi dan Penerangan Kementerian Aji Muhawarman berkata pada Rabu, Kalimantan Tengah menempatkan jumlah tertinggi dengan 295 pusat perlindungan, diikuti Kalimantan Selatan (127) dan Kalimantan Barat sebanyak 35.

Menurut data Pusat Operasi Kecemasan Kesihatan Awam kementerian, kebakaran hutan yang merentasi 65 daerah dan bandar di tujuh wilayah itu menyebabkan 314,124 kes jangkitan pernafasan akut (ARI).

Daripada kes yang dilaporkan, 70,890 melibatkan bayi dan kanak-kanak bawah lima tahun.

Pada 20 Oktober sahaja, kementerian merekodkan 3,269 kes pernafasan baharu.

Sebagai tindak balas terhadap lonjakan itu, kementerian telah memperkukuh kesediaan 1,691 pusat kesihatan masyarakat dan 360 hospital serantau.

Rawatan perubatan percuma disediakan untuk penyakit berkaitan kebakaran hutan, termasuk ARI dan cirit-birit, menurut laporan itu.

Kerajaan juga mengedarkan 578,878 bungkusan ubat penting, termasuk sirap batuk, antibiotik dan ubat anticirit-birit, bersama 1,500 kit vitamin dan bekalan kesihatan kecemasan.

Muhawarman berkata, kira-kira 3.7 juta N95 dan topeng pembedahan telah dihantar, bersama penumpu oksigen dan peralatan perlindungan diri (PPE).

Lebih 2,600 profesional kesihatan, termasuk pakar perubatan, jururawat dan ahli epidemiologi telah dikerahkan ke kawasan terjejas.

Bagi melindungi kumpulan berisiko tinggi, terutamanya kanak-kanak, wanita hamil dan orang tua, kementerian bekerjasama dengan pentadbiran tempatan dan pekerja kesihatan masyarakat untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan dari rumah ke rumah. – Bernama

The post 477 ‘rumah oksigen’ kepada penduduk terjejas jerebu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved