48 Jentera Sedia Gempur Sepang: Musim Baru Asian Le Mans Series Dibuka Dengan Grid Terbanyak

8 Dec 2025 • 5:05 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Litar Antarabangsa Sepang pada 12 hingga 14 Disember ini bakal menjadi pentas pembukaan paling meriah dalam sejarah Asian Le Mans Series (ALMS) apabila 48 kereta akan berentap dalam pusingan sulung 4 Hours of Sepang. Tahun ini menyaksikan peningkatan hampir 15% berbanding edisi lalu terdiri daripada 16 LMP2, 10 LMP3, dan 22 LMGT3 daripada 142 pelumba dan 35 pasukan merentas 35 negara.

Aksi endurance empat jam di Sepang bukan sekadar pembuka tirai, tetapi medan penting untuk perebutan tempat secara automatik ke 24 Hours of Le Mans 2026.


🔥 LMP2: Penyertaan Terbesar Dalam Sejarah ALMS

Kelas utama LMP2 menyaksikan rekod baharu sebanyak 16 kereta Oreca 07-Gibson bertarung merebut kejuaraan dan tiket ke Le Mans.

Antara tumpuan utama:

  • Algarve Pro Racing (APR) kembali dengan dua kereta serta satu lagi entri untuk Crowdstrike Racing by APR. Juara bertahan Michael Jensen akan digandingkan bersama pemenang Le Mans Tom Dillmann dan rookie Enzo Trulli, anak kepada legenda F1 Jarno Trulli.
  • Crowdstrike menampilkan kombinasi kuat: bekas juara George Kurtz, juara berganda ALMS Malthe Jakobsen, dan juara ELMS banyak kali Louis Deletraz.
  • United Autosports kembali dengan dua kereta, menampilkan pelumba berbakat seperti Giorgio Roda, Mikkel Jensen, Ben Hanley dan Paul Di Resta.
  • Pasukan lain yang turut menguatkan barisan:
    DKR Engineering, Nielsen Racing, Proton Competition, High Class Racing, Cetilar Racing, Ponos Racing (entri LMP2 pertama serba Jepun), RD Limited, Inter Europol, ARC Bratislava, Vector Sport RLR.

Ini adalah kelompok LMP2 paling kompetitif pernah tiba di Asia.


LMP3: Era Baharu – Toyota Powered Ligier & Duqueine

Kelas LMP3 pula diisi 10 jentera, termasuk kemunculan pertama generasi ketiga model Ligier JS P325 dan Duqueine D09 berkuasa Toyota di Asia.

Sorotan utama:

  • Bretton Racing, juara bertahan, kembali bersama trio Zielonka–Ried–Fluxa.
  • CLX Motorsport (ex-COOL Racing) membawa momentum dominan dari ELMS dengan juara LMP3 Paul Lanchere.
  • Team Virage #1 bakal mencuri perhatian peminat tempatan dan India iaitu bintang Tamil Ajith Kumar bakal beraksi dalam jentera prototaip bersama bekas pemandu F1 Narain Karthikeyan.
  • Penyertaan kukuh turut disertai:
    Inter Europol, R-ace GP, 23Events Racing, Forestier Racing, High Class Racing.

Aksi kelas LMP3 tahun ini dijangka lebih pantas dan kompetitif.


🏎️ GT: 7 Pengeluar Gergasi Berebut Takhta LMGT3

Kategori GT menjadi rebutan sengit dengan 22 kereta daripada tujuh jenama:
Aston Martin, BMW, Corvette, Ferrari, McLaren, Mercedes-AMG, Porsche.

Tumpuan utama:

  • Manthey Racing, juara bertahan, kembali dengan dua Porsche 911 GT3 R bersama gandingan kuat seperti Antares Au, Klaus Bachler, Richard Lietz dan Riccardo Pera.
  • JMR (Johor Racing) Corvette Z06 GT3.R membawa warna Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor (Tunku Jefri Ibrahim) dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim di #99 dan #66.
  • TF Sport dan Racing Team Turkey menurunkan Corvette selepas kejayaan besar di Eropah.
  • Getspeed kembali dengan dua Mercedes-AMG GT3 EVO, satu daripadanya di bawah bendera QMMF.
  • Team WRT membawa dua BMW M4 GT3 termasuk penyertaan pelumba gy factory BMW Augusto Farfus.
  • United Autosports menjadi satu-satunya pasukan yang membawa McLaren 720S GT3.
  • Ferrari hadir dengan kekuatan penuh melalui AF Corse, Kessel Racing, dan AF Racing Thailand.

Persaingan LMGT3 dijangka antara paling seimbang dalam sejarah siri ini.

🗓️ Dua Perlumbaan, Satu Hujung Minggu

Pusingan pembukaan di Sepang menawarkan dua perlumbaan 4 jam:

  • Perlumbaan 1: Sabtu, 13 Disember — 1:00 PM
  • Perlumbaan 2: Ahad, 14 Disember — 1:00 PM

Kedua-duanya dijangka menyajikan strategi, ketahanan dan aksi penuh drama.

🌏 Mengenai Asian Le Mans Series

Musim 2025/26 merangkumi enam perlumbaan:

  • Sepang (12–14 Disember)
  • Dubai (30 Jan–1 Feb)
  • Yas Marina (6–8 Feb)

Ini merupakan musim ketiga ALMS sebagai usaha sama antara ACO, ALMEM dan SRO Motorsports Group dalam misi memperkukuh perlumbaan endurance di Asia.

Barisan Grid Sementara Asian Le Mans 4H of Sepang Musim 2025-2026:-

image is not available

The post 48 Jentera Sedia Gempur Sepang: Musim Baru Asian Le Mans Series Dibuka Dengan Grid Terbanyak appeared first on TW Media.