5 cedera nahas jalan di Sandakan

7 Apr 2025 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Lima orang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton Saga dan sebuah pacuan empat roda di Jalan Batu 9, di sini, pada Sabtu.

Mangsa cedera terdiri daripada seorang lelaki berusia 23 tahun yang menaiki Saga dan seorang lelaki berusia 46 tahun yang berada dalam pacuan empat roda bersama tiga remaja berusia 16 tahun.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Rosemidian Majid berkata, anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 11 kilometer dari balai selepas menerima panggilan kecemasan jam 11.12 malam.

Beliau berkata, kesemua lima mangsa dibantu oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.

“Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama pegawai perubatan memberikan rawatan awal kepada mangsa yang kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent,” katanya.

Katanya, operasi pasukan bomba dan penyelamat turut membabitkan kerja-kerja pembersihan kawasan kemalangan serta mengumpul maklumat diperlukan.

Operasi tamat pada jam 12.22 tengah malam selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

Polis turut berada di tempat kejadian.